Friday 2 December 2011

Kesan Daya Terhadap Gerakan Objek

  • Daya boleh menyebabkan gerakan objek berubah.
  • Daya boleh ;

  1. Menggerakkan Objek Yang Pegun.
  •  Objek yang pegun akan bergerak apabila dikenakan daya.
  • Arah gerakan objek adalah sama dengan arah daya yang dikenakan.


   2. Mempercepatkan atau Memperlahankan Gerakan Objek.
  • Apabila objek yang sedang bergerak dikenakan daya, gerakan objek akan berubah sama ada menjadi lebih cepat (laju) atau lebih perlahan.
  •  Jika daya dikenakan dari arah yang sama dengan arah gerakan objek, maka objek akan bergerak lebih cepat (laju).

  • Sebaliknya, jika daya dikenakan dari arah yang berlawanan dengan arah gerakan objek, maka objek akan bergerak lebih perlahan.


   3. Mengubah Arah Gerakan Objek.
  •   Apabila objek yang sedang bergerak dikenakan daya dari arah yang tidak sama dengan arah gerakkannya, arah gerakan objek akan berubah.



   4. Menghentikan Gerakan Objek.
  • Objek yang sedang bergerak akan berhenti jika daya yang lebih besar dikenakan kepadanya.

    Kesan Daya Terhadap Perubahan Bentuk Objek

    • Daya boleh menyebabkan bentuk objek berubah.
    • Contohnya spring, plastisin dan tin akan berubah bentuk apabila dikenakan daya. 

       

       


      • Perubahan bentuk objek apabila dikenakan daya boleh bersifat sementara atau kekal bergantung kepada sifat fizikal objek itu.

      •  Objek kenyal seperti spring dan gelang getah berubah bentuk hanya semasa daya dikenakan.

      • Apabila daya dialihkan, objek akan kembali kepada bentuk asalnya.



      • Objek lain seperti gelas kaca, sudu logam dan ranting kayu berubah bentuk semasa daya dikenakan.

      • Apabila daya dialihkan, perubahan bentuk ini kekal dan tidak kembali kepada bentuk asalnya lagi.